Rasmi : OnePlus Nord Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Rasmi : OnePlus Nord Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada July 7, 2020 oleh .

OnePlus hari ini secara rasminya mengesahkan yang mana mereka bakal membawa masuk telefon pintar OnePlus Nord untuk pasaran tempatan.

Melalui halaman rasmi OnePlus yang diterbitkan, pihak OnePlus mengatakan ia bakal hadir, tetapi masih tiada sebarang tarikh berkenaan penawaran dan sebagainya.

OnePlus Nord merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan, tetapi dengan ciri-ciri premium. Ia dijangka dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G.

Pihak OnePlus mengatakan akan berkongsi lanjut berkaitan penawaran OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Layari : OnePlus Nord Malaysia



Paling Popular