Carian
Instagram Mengaktifkan Ciri Menyematkan Komen Kepada Semua Pengguna
July 8, 2020 Effi Saharudin

Mei yang lalu Instagram mengumumkan beberapa ciri baharu yang memberikan kawalan yang lebih baik pada ruangan komen. Hari ini ciri menyematkan komen (pin comments) akhirnya diaktifkan kepada kesemua pengguna. Dengan ciri menyematkan komen, pemilik akaun boleh meletakkan komen yang paling digemari di atas walaupun dihantar lebih lewat.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu menatal komen pilihan ke kiri. Empat pilihan akan diberikan dan antaranya ialah ikon pin. Tekan ikon ini dan komen yang dipilih kini disematkan ke atas di bawah kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun semasa gambar/video dimuat naik.

Komen