Cari @ Amanz

Visionox adalah syarikat yang menghasilkan panel OLED dan turut pernah memperlihatkan panel OLED boleh gulung. Bukan itu sahaja, baru-baru ini mereka turut mengumumkan yang pengeluaran panel OLED dengan kamera terbina di bawahnya sudah bermula secara meluas.

Terkini terdapat laporan mengatakan yang Visionox telah membekal 3.5 Bilion Yuan, iaitu sekitar RM3 Bilion nilai panel OLED kepada Xiaomi dan Huawei sejak pertengahan tahun lepas. Visionox turut yakin yang telefon pintar dengan kamera di bawah skrin akan hadir dalam masa terdekat.

Oppo, Xiaomi, Huawei dan banyak lagi telah menggunakan panel OLED mereka. Jadi adakah Visionox akan menjadi pembekal utama untuk jenama-jenama ini hadir dengan peranti yang menggunakan teknologi sedemikian? Sama-sama kita lihat akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd