Cari @ Amanz

OnePlus Nord akan dilancarkan pada 21 Julai hadapan sekaligus menandakan kembalinya mereka ke penghasilan peranti kelas pertengahan selepas OnePlus X. Hari ini rekaan hadapan dan belakang OnePlus Nord akhirnya tetriris menerusi akaun @evleaks.

OnePlus Nord mempunyai rekaan belakang yang kelihatan seperti Oppo Reno3 dan pada bahagian hadapan pula seperti Opppo Reno3 Pro. Pada bahagian hadapan peranti mempunyai dwi-kamera dalam lubang berbentuk bujur. Bahagian dagu dan dahinya kelihatan nipis. Seperti kesemua peranti OnePlus, terdapat suis khas untuk membisukan peranti pada sisi kanan. Seperti kami katakan di atas, Nord akan dilancarkan pada 21 Julai kelak dan disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd