Vivo Memperkenalkan Teknologi FlashCharge 120W – Mengecas Penuh Dalam Hanya 13 Minit

Vivo Memperkenalkan Teknologi FlashCharge 120W – Mengecas Penuh Dalam Hanya 13 Minit

Diterbitkan pada July 13, 2020 oleh .

Kalau perasan, para pengeluar kini dilihat berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi pengecasan pantas yang lebih baik. Oppo baru sahaja mengesahkan bakal hadir dengan pengecasan pantas 125W tidak lama lagi.

Kini, Vivo pula dikatakan telah memperkenalkan pengecasan pantas, FlashCharge 120W dalam sebuah acara pelancaran di China, sebentar tadi. Teknologi ini dikatakan berupaya mengecas bateri berkapasiti 4,000mAh dari 0% hingga 50% dalam hanya 5 minit. Manakala, proses untuk pengecasan penuh sehingga 100% pula hanya mengambil masa 13 minit sahaja.

Difahamkan, pengecasan pantas ini akan tersedia bermula bulan Ogos kelak digunakan pada preranti IQOO yang merupakan subjenama mereka. Nampaknya semakin hari semakin banyak penawaran pengecasan pantas yang boleh kita lihat.



Paling Popular