Cari @ Amanz

Jepun menguji pelbagai jenis robot dan kenderaan swapandu elektrik bagi menyambut kedatangan Sukan Olimpik 2020. Walaupun temasya sukang agung ini telah ditangguh ke 2021, kesemua ujian sistem swapandu dan robotik masih lagi diteruskan. Panasonic minggu ini memulakan ujian kerusi roda elektrik yang digunakan di dalam stesen kereta api.

Tiga kerusi roda elektrik ini diuji di stesen kereta api Takanawa Gateway yang terletak di Tokyo. Dalam ujian awal satu kerusi roda akan dipandu oleh pekerja stesen dengan dua lagi kenderaan peribadi yang membawa penumpang akan mengikuti kenderaan pertama dengan rapat. Sistem kamera akan menghentikan kenderaan apabila mengesan halangan. Sistem yang sama telah diuji di lapang terbang Narita dengan kerjasama All Nippon Airways tahun lalu.

Walaupun pada awal ia sekadar mampu mengikut, pihak Panasonic berharap ia kemudiannya dapat melakukan kesemua tugas yang sama secara swapandu. Dengan saiznya yang kecil dan berkuasa elektrik, ia adalah penyelesaian kepada penggunaan kart golf bersaiz besar yang tidak sesuai digunakan di stesen yang dipenuhi penumpang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd