Imej Pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 Dengan Aksesori Papan Kekunci Dan S-Pen Pula Diperlihatkan

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 Dengan Aksesori Papan Kekunci Dan S-Pen Pula Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

Samsung merupakan salah sebuah pengeluar yang konsisten dalam penghasilkan tablet. Kini, mereka dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi tablet terbaru iaitu siri Samsung Galaxy Tab S7 dan imej gambaran mengenai peranti ini telah didedahkan sejak beberapa minggu yang lalu.

Kini, imej pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 dengan aksesori papan kekunci yang lengkap bersama tongkat di bahagian belakang dan sebuah pad sesentuh pula diperlihatkan. Rekaan papan kekuncinya  kelihatan masih sama seperti sebelum ini. Ia juga menunjukkan peranti ini dilengkapi binaan bezel yang nipis di sekitar paparannya. Selain, turut menyokong sebuah stylus yang mungkin boleh melekat secara magnetik seperti dilihat pada Samsung Galaxy Tab 6.

Maklumat mengenai spesifikasi peranti tidak pula didedahkan. Namun, ia dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 11-inci, menawarkan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan bateri 7,760mAh. Seperti biasa, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya dan sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak.



TIPS & ULASAN