OnePlus Memperkenalkan Kedai Di Shopee – Bersempena Dengan OnePlus Nord

OnePlus Memperkenalkan Kedai Di Shopee – Bersempena Dengan OnePlus Nord

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

OnePlus Nord merupakan salah satu telefon pintar daripada pihak OnePlus yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Pihak OnePlus telah pun mengumumkan mereka akan membawa masuk peranti berkenaan secara rasminya untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, dan kini telah memperkenalkan kedai atas-talian rasmi untuknya.

Diperkenalkan Di Shopee, OnePlus dijangka akan menjual OnePlus Nord melaluinya kelak.

OnePlus Nord merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan dari OnePlus, tetapi mengekalkan ciri-ciri premium bersama dengannya – termasuk penggunaan antaramuka Oxygen OS. OnePlus dijangka akan melancarkan peranti ini secara global pada bulan ini, dan dengan pengenalan kedai Shopee ini, tidak mustahil kita melihat ia turut dilancarkan di Malaysia dalam bulan ini.

Layari : OnePlus di Shopee



TIPS & ULASAN