Keupayaan Bateri OnePlus Buds Mampu Bertahan Sehingga 30 Jam

Keupayaan Bateri OnePlus Buds Mampu Bertahan Sehingga 30 Jam

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Keupayaan Bateri OnePlus Buds Mampu Bertahan Sehingga 30 Jam
OnePlus bakal muncul dengan fon telinga nirwayar pertama menerusi pengenalan OnePlus Buds. Ia akan dilancarkan secara rasmi serentak bersama OnePlus Nord pada 21 Julai ini dan rekaannya didakwa telah tertiris dalam sebuah video.

Kini, OnePlus dilihat berkongsi pula sedikit sebanyak butiran mengenainya dalam poster acah. Fon telinga ini dikatakan mempunyai keupayaan bateri yang baik. Ia mampu bertahan sehingga 30 jam bersama pod pengecasan dan 7 jam untuk bermain secara berterusan dengan sekali cas. OnePlus Buds juga didakwa mempunyai sokongan latensi ultra rendah, selain juga berat yang ringan sekitar 4.6 gram setiap satu dan 36 gram dengan pod pengecasan – sekaligus menjadikannya tidak terbeban ketika berada di dalam poket.



TIPS & ULASAN