OnePlus Buds Akan Dilancarkan Serentak Bersama Nord

OnePlus Buds Akan Dilancarkan Serentak Bersama Nord

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

OnePlus Buds ialah fon telinga nirwayar yang telah tertiris rekaannya sebelum ini. Bagi mereka yang menyimpan hasrat memiliki TWS ini, OnePlus mengesahkan ia akan dilancarkan serentak dengan OnePlus Nord pada 21 Julai kelak.

Spesifikasi OnePlus Buds masih belum diketahui tetapi dari rekaan yang tertiris ia dilihat sebagai pesaing kepada Apple Airpods dan Oppo Enco Free. Imej ikon yang tertiris menunjukkan ia menggunakan rekaan fon telinga terbuka dengan pod pengecas berbentuk bulat.

Tidak mengejutkan jika OnePlus Buds turut mempunyai spesifikasi yang sama dengan Enco Free kerana syarikat di bawah BBK Electronics kerap meminjam rekaan yang sama cuma dengan perubahan yang kecil antara jenama,



TIPS & ULASAN