Oppo Memperlihatkan Rekaan Fon Telinga Nirwayar Enco Free

Oppo Memperlihatkan Rekaan Fon Telinga Nirwayar Enco Free

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

Oppo adalah sebuah syarikat audio berkualiti tinggi sebelum menerjah masuk ke arena pembuatan telefon pintar. Walaupun perniagaan mereka kini lebih ke arah peranti mudah alih, asal usul masih belum dilupakan. Pihak Oppo telahpun berkongsi rekaan fon telinga nirwayar terkini mereka iaitu Enco Free yang akan dilancarkan pada 26 Disember bersama Reno3.

Oppo Enco Free mempunyai rekaan yang amat mirip dengan Realme Buds Air yang juga telah diperlihatkan sebelum ini, Sekali lagi rekaan Apple AirPods menjadi inspirasi kepada dua syarikat di bawah payung BBK Electronics ini. Enco Free turut hadir dengan bekas penyimpan merangkap pod pengecas. Tiga warna ditawarkan iaitu hitam, putih dan merah jambu, Oppo



Paling Popular