Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A51 Dan A71 ialah dua peranti kelas pertengahan yang dilancarkan awal tahun ini. Ia menarik kerana dilengkapi sistem kuad kamera dan pengimbas cap jari dalam skrin. Minggu ini kedua-dua peranti menerima kemas kini yang akan mengaktifkan fungsi yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti mercu seperti Galaxy S20.

Fungsi pertama ialah mod kamera One Take yang secara automatik mengambil video pendek, menghasilkan GIF dan mencari aksi menarik menerusi video yang diambil. Seterusnya ialah sokongan Quick Share yang merupakan jawapan Samsung kepada Air Drop pada peranti Apple. Pelbagai jenis fail seperti video dapat dikongsi kepada peranti Samsung yang lain dengan pantas.

Fungsi Music Share juga diaktifkan yang membolehkan pengguna memberikan mengakses pembesar suara bluetooth kepada teman dengan pantas. Akhir sekali Clean View disokong dalam aplikasi Gallery. Menerusinya perisian akan secara automatik mengumpulkan gambar ke dalam folder khas berdasarkan bila ia ditangkap. Proses menguruskan gambar akan menjadi mudah tanpa perlu menatal keseluruhan kandungan galeri. Untuk menggunakan kesemua fungsi-fungsi baharu ini sila kemas kini peranti anda secara OTA sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd