Leica M10-R Dilancarkan Dengan Sensor 40-Megixel Bingkai Penuh

Leica M10-R Dilancarkan Dengan Sensor 40-Megixel Bingkai Penuh

Diterbitkan pada July 17, 2020 oleh .

Kamera Leica siri M untuk “Messsucher” ialah yang paling mudah dikenali dalam dunia fotografi. Tubuh kamera ini tidak banyak berubah sejak diperkenalkan pada tahun 1954 dan sehingga kini dilihat sebagai kamera idaman bagi kebanyakan peminat. Pagi ini Leica M10-R telah dilancarkan dengan sensor berwarna paling besar pernah digunakan pada siri-M dengan R pada nama adalah singkatan untuk Resolution.

Leica M10-R dilengkapi sensor 40-megapixel CMOS bingkai penuh yang menyokong lensa M-mount. Kamera mampu merakam sehingga 4.5 bingkai sesaat dan sehingga 10 imej secara berterusan. Julat ISO yang disokong pula adalah di antara ISO 100- 50,000. Walaupun ia adalah sebuah kamera digital, M10-R tidak boleh melakukan sebarang rakaman video.

Tubuh seperti biasa diperbuat daripada logam magnesium dengan bahagian atas serta bawah pula dari bahan tembaga yang lebih tahan lasak. Permukaan tubuh kemudian disaluti pula dengan bahan kulit sintetik. Sebuah skrin 3 inci LCD sesentuh diletakkan pada panel belakang bersama dengan sebuah viewfinder.

Leica M10-R dijual pada harga $8295 (~RM35,415) sebuah tanpa lensa pada penghujung bulan ini. Ia adalah alternatif kepada Leica M10 Monochrom yang dijual Januari lalu juga dengan sensor 40-MP tetapi hitam putih sahaja.



TIPS & ULASAN