Microsoft Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Project xCloud September Ini

Microsoft Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Project xCloud September Ini

Diterbitkan pada July 17, 2020 oleh .

Perkhidmatan penstriman video dan muzik mengubah bagaimana kita menikmati media. Perkhidmatan penstriman permainan video juga diramalkan akan mengubah dunia permainan video kerana ia boleh diakses pada kesemua peranti yang dimiliki. Microsoft mengesahkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka Project xCloud akan dilancarkan pada September hadapan.

Project xCloudPelanggan boleh menstrim permainan video mereka pada komputer, konsol, tablet dan telefon pintar. Ia akhirnya dilancarkan selepas kali pertama disahkan pembangunannya dua tahun yang lalu. Persaingan pastinya sengit kerana Google Stadia, GeForce Now dan Playstation Now telah dilancarkan terlebih dahulu.

Pelanggan Xbox Game Pass Ultimate di beberapa pasaran terpilih akan dapat menggunakan Project xCloud pada September hadapan. Bayaran $15 akan dikenakan dan ini termasuk dengan langganan Xbox Live, Xbox Game Pass. Pada hari pertama 100 permainan Xbox Game Pass akan boleh distrim.



Paling Popular