Netflix Kini Mempunyai Lebih 192 Juta Pelanggan Berbayar

Netflix Kini Mempunyai Lebih 192 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada July 17, 2020 oleh .

Ketika waktu artikel ini ditulis, Netflix ialah perkhidmatan penstriman video dengan jumlah pengguna berbayar tertinggi setakat ini. Namun begitu kedudukan mereka kini dicabar oleh platform lain seperti Disney+, YouTube Premium, HBO Max, Apple TV+ dan baru-baru ini Peacock TV. Mereka telah mengumumkan kini mereka mempunyai lebih 192 juta pelanggan berbayar.

Ini adalah peningkatan sebanyak 10.1 juta berbanding 182.86 juta pelanggan berbayar yang diumumkan pada April lalu. Jumlah 10.1 juta ini adalah lebih 2 juta lebih tinggi berbanding sasaran 7.5 juta sebelum ini.

Peningkatan luar jangkaan ini adalah disebabkan oleh perintah berkurung akibat Covid-19. Sungguhpun ini adalah berita baik, Netflix mengesahkan penghasilan kandungan asli mereka kini terjejas akibat wabak yang sama.



Paling Popular