Cari @ Amanz

Serangan penggodam semalam mengakibatkan beberapa akaun rasmi yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi menghantar ciapan palsu mengenai skim Bitcoin. Sebagai langkah keselamatan, Twitter terus menghalang pemilik akaun yang melepasi proses pengesahan identiti dari menghantar ciapan selama hampir tiga jam. Ini mendatangkan masalah kepada akaun agensi berita dan ketua negara.

Hari ini Twitter akhirnya mengesahkan sekitar 130 akaun sahaja yang terjejas akibat serangan penggodam. Mereka juga sedang cuba memulangkan akaun kepada pemilik asal sekiranya akaun emel telah digantikan oleh penggodam. Proses ini akan mengambil masa kerana Twitter perlu memastikan identiti pemilik sebenar terlebih dahulu.

Akaun-akaun yang masih dikunci adalah kerana pihak Twitter percaya keselamatannya tidak dapat dijamin. Ciapan dan proses mengubah kata laluan disekat pada akaun-akaun ini. Bagi pengguna akaun verified yang lain, proses menukar kata laluan tidak terjejas.

Selain itu Twitter juga sedang melakukan siasatan dalaman untuk mencari sebab bagaimana akaun-akaun ini berjaya digodam. Kerjasama akan diberikan kepada pihak berkuasa seperti FBI untuk menjalankan siasatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd