Cari @ Amanz

Selepas melancarkan Galaxy M31 beberapa bulan yang lalu dengan bateri sebesar 6000 mAh, Samsug mengesahkan pelancaran Galaxy M31s pada 30 Julai hadapan di India. Peranti kemas kini akan membawakan beberapa penambahbaikan berbanding peranti terdahulu dan akan turut hadir dengan fungsi yang sebelum ini ditemui pada siri Galaxy S20.

Menerusi imej acah yang dikongsi Samsung India, Galaxy M31s sah akan hadir dengan fungsi One Take yang selama ini adalah eksklusif pada peranti mercu Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip. Menerusi One Take, pelbagai gambar serta GIF dengan kesan khas akan dapat dihasilkan dengan serentak. Ia turut baru diberikan kepada Galaxy A51 dan A71 minggu lalu menerusi kemas kini bulan Julai.

Spesifikasi lain yang kini diketahui mengenai Galaxy M31s ialah ia akan dilengkapi skrin Super AMOLED dengan lubang kamera Infinity-O, dijana cip Exynos 9611, kamera utama 64+8+5+5 megapixel dan bateri sebesar 6000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W lengkap dengan pengecasn berbalik. Peranti kelas pertengahan ini dijanga dijual di India pada harga ₹20,000 (~RM 1139) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd