Honor MagicBook 14 Dikemaskini Dengan Spesifikasi Tambahan Untuk Harga RM2999

Honor MagicBook 14 Dikemaskini Dengan Spesifikasi Tambahan Untuk Harga RM2999

Diterbitkan pada July 20, 2020 oleh .

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Honor telah menjual komputer riba Honor MagicBook 14 mereka yang dikuasakan APU AMD Ryzen 5 3500U mereka tidak lama lagi, dengan konfigurasi memori 8GB dan storan SSD 256GB untuk harga RM2499.

Terkini, Honor Malaysia dilihat memperkenalkan konfigurasi baru untuk MagicBook 14 tersebut yang mempunyai penaiktarafan memori kepada 16GB dan storan SSD setinggi 512GB di laman web mereka.

Penaiktarafan spesifikasi dalaman ini juga tiba dengan penambahan dari segi harga, dimana Honor Malaysia akan menjualnya pada harga RM2999.

Sama seperti model yang diperkenalkan sebelum ini, ia juga akan tiba dalam pilihan warna Mystic Silver dan Space Grey pada 24 Julai kelak melalui laman web HiHonor, Lazada dan Shopee.



TIPS & ULASAN