Marc Levoy, Pembangun Kamera Google Pixel Berpindah Ke Adobe

Marc Levoy, Pembangun Kamera Google Pixel Berpindah Ke Adobe

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Salah satu ciri utama peranti pintar keluaran Google, iaitu Google Pixel ialah kameranya yang hadir dengan kualiti yang tajam dan warna yang sangat ranggi.

Salah satu nama paling penting dalam pembangunan teknologi kamera Google Pixel ialah Marc Levoy, seorang penyelidik dan saintis yang menggunakan perisian dan algoritma untuk meningkatkan kualiti kamera Pixel secara mendadak.

 

Setelah meninggalkan Google sejak bulan Mac yang lalu, Adobe hari ini mengumumkan bahawa Mark Levoy telah menyertai syarikat tersebut, dan beliau akan mengetuai satu pasukan untuk membina sebuah aplikasi kamera sejagat (universal camera app) yang boleh digunakan oleh semua jenis peranti dan platform yang memerlukannya.

Adobe Photoshop Camera

Marc Levoy juga akan bergabung tenaga dengan pasukan-pasukan yang membangunkan aplikasi Photoshop Camera, Adobe Research dan Adobe Sensei untuk menambahkan lagi ciri-ciri pada aplikasi-aplikasi tersebut.



TIPS & ULASAN