Canon Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Kamera Siri EOS 5D

Canon Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Kamera Siri EOS 5D

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Sejak 2005, kamera Canon EOS 5D dilancarkan dan dengan segera menjadi antara kamera DSLR yang paling popular di pasaran. Kali terakhir ia dikemaskini oleh pada tahun 2016 dengan EOS 5D Mark IV, ramai menantikan EOS 5D Mark V yang diuar-uarkan bakal hadir tahun ini. Tetapi menurut laporan laman Canon Rumors, Canon telah menghentikan terus siri 5D.

Sumber Canon Rumor mengatakan pembangunan EOS 5D Mark V telah lama dihentikan kerana pasaran yang kini lebih menggemari kamera nircermin yang mempunyai saiz kompak. Impak wabak Covid-19 ke atas ekonomi turut dipercayai menyumbang kepada kematian siri kamera ini. Sekiranya ura-ura ini benar, kamera mercu di dalam katalog Canon akan digantikan pula oleh siri kamera nircermin EOS R yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu yang lalu.

Siri EOS 5D mencapai tahap legenda dalam dunia videografi kerana kemampuan rakaman video yang baik. Saiznya yang kecil menjadikannya kamera yang senang digunakan untuk merakam adegan aksi. Antara filem dirakam yang menggunakan EOS 5D ialah Captain America : The First Avenger, Iron Man 2 dan Black Swan. Ia juga turut popular di kalangan penghasil siri TV dengan penggunaannya dalam siri House M.D, 24 dan Hawaii Five-O.



TIPS & ULASAN