Vivo X50 Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM3,199 – Menawarkan Sistem Kamera Gimbal Terbina

Vivo X50 Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM3,199 – Menawarkan Sistem Kamera Gimbal Terbina

Diterbitkan pada July 21, 2020 oleh .

Siri Vivo X50 telah pun diperkenalkan di Malaysia. Mereka hanya membawa masuk Vivo X50 dan Vivo X50 Pro yang dijana Snapdragon 765G sahaja dan tidak akan membawa model Vivo X50 Pro Plus yang dijana Snapdragon 865 ke pasaran Malaysia. Vivo X50 sudah pun ada tanda harga, iaitu RM2,399 yang diperlihatkan semalam.

Kini giliran Vivo X50 Pro pula yang mana lebih berkuasa dari Vivo X50. Vivo X50 Pro dijual di Malaysia secara rasmi dengan tanda harga RM3,199. Ya, ia sedikit mahal berbanding peranti mercu lain. Tetapi, peranti ini merupakan peranti pertama dunia dengan sistem kamera gimbal terbina yang menjamin rakaman video yang cantik dan rakaman mod malam yang tidak memerlukan tripod. Bukan itu sahaja, peranti ini juga dibina dari bahan yang premium, nipis dan mempunyai kelas tersendiri.

Peranti ini menggunakan skrin 6.56 inci AMOLED, HDR10+. 90Hz dan FHD+, dijana Snapdragon 765G dan dipadankan dengan memori 8GB RAM + 256GB storan dalaman UFS2.1. Untuk kamera, peranti ini menyertakan tetapan kuad-kamera dari lensa 48MP (utama) gimbal OIS + 8MP (periskop telefoto) OIS 5x optikal zum + 13MP (potret) 2x optikal zum + 8MP (sudut ultra lebar) dengan sudut pandangan 120˚ dan kamera swafoto 32MP. Bateri bersaiz 4315mAh dengan pengecasan pantas 33W, menggunakan sistem sekuriti pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal, ada NFC dan menggunakan Bluetooth 5.1.

Vivo Malaysia menjual Vivo X50 Pro pada harga RM3199 dengan tawaran belian dengan belian Vivo TWS Neo pada harga RM99 (harga asal RM359) dan juga hadiah percuma seperti pembersih udara, pembesar suara Bluetooth Logitech dan 1 tahun jaminan peranti bersama-sama dengan 1 tahun jaminan skrin retak.

Beli : Vivo X50 Pro



TIPS & ULASAN