Cari @ Amanz

Android Go adalah sistem operasi Android dari Google untuk peranti kurang dari 1GB RAM. Ia sesuai digunakan untuk peranti pintar asas yang ditujukan kepada anak-anak kecil, orang tua atau mereka yang baru ingin mencubai rasa peranti pintar. Peranti Android Go juga menggunakan GMS versi Go, yang mana kebanyakan aplikasi adalah berasaskan web atau yang lebih ringkas dengan fungsi/ciri terhad.

Terkini menurut laporan XDA, Google mungkin akan menaikkan spesifikasi minima Android Go dari 1GB RAM ke bawah kepada 2GB RAM ke bawah. Melalui dokumen pembangunan yang tertiris, ia mencadangkan bermula suku keempat 2020, semua peranti baru Android 10 dengan 2GB RAM ke bawah diwajibkan menggunakan Android Go dan semua peranti baru dengan Android 11 yang menggunakan 2GB RAM ke bawah mesti menjalankan Android Go. Manakala peranti Android 10 lama dengan 2GB RAM akan dikekalkan dengan Android biasa dan tidak boleh diubah kepada Android Go.

Google turut memberi amaran, jika ada peranti baru dengan Android 11 – iaa tidak boleh menggunakan GMS. Ini berkemungkinan besar untuk mengelakkan isu prestasi, kerana GMS baru-baru ini diubah kepada binaan 64-bit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd