Carian
Pelbagai Aksesori ASUS ROG Phone 3 Tertiris- Skrin Sekunder, Alat Kawalan Dan Kipas Penyejuk Ditawarkan
July 22, 2020 Effi Saharudin

Asus ROG Phone 3 akan dilancarkan pertengahan bulan September. Peranti untuk permua ini bakal hadir dengan pelbagai aksesori tambahan untuk meningkatkan kemampuan menikmati permua sama seperti model-model terdahulu. Pagi ini beberapa gambar pengolokan rasmi aksesorinya telah tertiris ke arena web menerusi laman Pricebaba.

Antara yang tertiris ialah pengawal permainan Kunai Case yang boleh mengubah ROG Phone 3 menjadi seakan sebuah Nintendo Switch. Ia turut boleh berfungsi sebagai sebuah alat kawalan jauh nirwayar sekiranya diperlukan.

Seterusnya ialah kerangka Lightning Armour yang mempunyai lubang lampu pada panel belakang. Ia mengingatkan kami kepada sistem lampu di belakang komputer riba Zephyrus G14 yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.

Aksesori skrin skuner TwinView dock juga dihasilkan yang membolehkan penstrim menjalankan permua dengan skrin sekunder untuk memaparkan skrin perbualan penonton. Akhir sekali ialah kipas penyejuk AeroActive yang memastikan peranti sentiasa di suhu optimum untuk mengekalkan kadar bingkai yang konsisten.

Komen