Sekarang ini, kalau anda perasan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin telah diguna pakai secara meluas oleh ramai pengeluar. Cuma masalahnya adalah, penggunaan teknologi sebegini sebenarnya agak membataskan penggunaan kerana ia hanya berfungsi pada sebahagian kecil permukaan skrin.
Akan tetapi, teknologi ini nampaknya telah mula diperkembangkan untuk menjadi lebih baik. Seperti sebelum ini, kita ada TLC yang dilaporkan telah telah berjaya menghasilkan teknologi ini dengan kelebihan membolehkan pengguna menyahkunci pada hampir semua bahagian skrin. Kini, ada sebuah lagi syarikat dilihat mengikut jejak yang sama iaitu Tianma Microelectronics.
Dikenali dengan nama TED Finger Print (TFP), Tianma mendakwa pengimbas yang dibangunkan ini lebih nipis jika mahu dibandingkan dengan sejumlah pengimbas cap jari optikal yang sedia ada. Lebih menarik, pengimbasan boleh dilakukan pada keseluruhan permukaan skrin. Menerusi video yang dikongsi, skrin keluaran mereka bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pinta tetapi juga pada mesin ATM dan sistem infohibur kenderaan.
Penggunaan paling menarik ialah sejurus selepas ikon sesebuah aplikasi ditekan, jari akan diimbas dan dinyahkunci untuk digunakan. Pada aplikasi WhatsApp sekarang sejurus selepas aplikasi dilancarkan, sebuah skrin tambahan imbasan jari akan dipaparkan terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan identiti.