Bersama-sama pengenalan Asus ROG Phone 3, pihak Asus turut memperkenalkan sebuah lagi variasi telefon permua dengan spesifikasi sedikit rendah, iaitu Asus ROG Phone 3 Strix Edition.
Berbeza dengan versi utama, ia hadir dengan cip Snapdragon 865 pada kelajuan 2.84Ghz – berbanding ROG Phone 3 yang menggunakan Snapdragon 865 pada kelajuan 3.1Ghz.
Disamping itu, Asus ROG Phone 3 Strix Edition ini turut hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR5, selain storan 256GB UFS 3.1. Penawaran lain adalah lebih kurang sama seperti versi ROG Phone 3 – termasuk pengoptimasian untuk permua.
Asus Malaysia mengatakan telefon Asus ROG Phone 3 Strix ini akan ditawarkan di Malaysia pada bulan September ini. Hagra jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dikatakan akan seumpama penawaran tahun lepas. ROG Phone 2 Strix sebelum ini ditawarkan pada harga RM2499 di Malaysia. Mungkinkah kita akan melihat harga penawaran yang lebih kurang sama?