Giliran Spesifikasi Samsung Galaxy Note 20 Pula Tertiris Sepenuhnya
Artikel Berkaitan

Giliran Spesifikasi Samsung Galaxy Note 20 Pula Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada July 23, 2020 oleh .

Semalam spesifikasi dan imej pengolokan rasmi dari pelbagai arah Samsung Galaxy Note 20 Ultra telah tertiris menerusi laman Winfuture. Pagi ini menerusi laman yang sama giliran spesifikasi Galaxy Note 20 pula tertiris.

Peranti akan dilengkapi skrin 6.7″ Dynamic AMOLED FHD+ yang sekadar menyokong kadar semula 60Hz dan berpermukaan rata. Ia dijana cip Exynos 990 untuk pasaran Eropah dan Asia manakala pada pasaran lain dijana cip Snapdragon 865+. Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 8GB RAM, memori sebesar 256GB dan bateri sebesar 4300 mAh. Seperti Note 20 Ultra, Note 20 akan menyokong pengecasan pantas serta nirwayar.

Spesifikasi kamera utama pula adalah 12 megapixel sudut lebar, 12 megapixel ultra sudut lebar dan 64 megapixel lensa telefoto. Sistem telefoto menyokong zum optikal sehingga 3X dan zum digital sehingga 30X. Kamera hadapan pula sebesar 10 megapixel. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga resolusi 8K.

Perkara yang yang diketahui ialah sokongan S-Pen dengan sela masa rendah, DeX secara nirwayar, Wi-FI 6, 5G dan kemampuan kalis air IP68. Galaxy Note 20 akan dipasarkan sebagai model lebih mampu milik. Peranti ini akan dilancarkan pada 5 Ogos hadapan.



TIPS & ULASAN