Cari @ Amanz

Mobvoi baru-baru ini telah melancarkan set fon kepala nirwayar pertama mereka dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Sejak kebelakangan ini juga, mereka aktif dalam menghasilkan aksesori audio dan tidak lagi terhad kepada jam tangan pintar. Antara aksesori audio mereka yang terawal juga adalah TWS dan kini mereka hadir dengan TWS baru dengan kebolehan kawalan gestur kepala.

Mobvoi Earbuds Gesture adalah TWS dengan kemampuan menjawab panggilan telefon dengan mengangguk atau membatalkan panggilan telefon dengan menggeleng. Selain itu, pada tangkai setiap fon telinga turut mempunyai sokongan sentuhan untuk kawalan sentuh 1 kali, dua kali atau tiga kali untuk mengawal media seperti muzik. Pod pengecasan juga mempunyai bateri 600mAh bagi memastikan tempoh penggunaan 50 jam, 10 jam beterusan dan 10 minit cas bertahan selama 4 jam penggunaan.

Bagi yang ingin menggunakan untuk menjawab panggilan telefon sahaja, mod mono turut boleh digunakan dengan tambatan pantas apabila ingin kembali bertukar kepada mod stereo. Buat masa ini, tiada lagi tarikh jualan dan harga – kerana mereka masih mencari jumlah peminat yang meminati TWS seperti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd