Beberapa bulan lalu, kami ada melaporkan mengenai sebuah jenama pembuat storan bernama Sabrent yang memperkenalkan storan SSD PCIe 3.0 Sabrent Rocket Q dengan storan 8TB.
Sabrent kini tiba dengan sebuah storan baru, iaitu Sabrent Rocket Q4 yang menggunakan teknologi penghantaran data PCIe 4.0 yang terbaru. Apa yang menarik mengenai storan ini ialah ia tiba dengan pilihan storan sebesar 4TB, iaitu jumlah storan terbesar untuk SSD PCIe 4.0 setakat ini.
Selain daripada 4TB, Sabrent Rocket Q4 ini juga tiba dengan pilihan storan 512GB, 1TB dan 2TB.
Melalui laman spesifikasinya, Sabrent Rocket Q4 ini mempunyai kelajuan pembacaan data setinggi 4900MB/s dan penulisan data sepantas 3500MB/s.
Untuk mendapatkan kelajuan maksima, pengguna perlu menggunakan gabungan CPU dan papan induk yang menyokong PCIe 4.0 seperti CPU AMD Zen 2 dan juga papan induk AMD X570 dan B550.
Storan SSD Sabrent Rocket Q4 ini sudahpun boleh dibeli di laman-laman jual-beli atas talian antarabangsa seperti Amazon pada harga $750 (~RM3000).