Carian
Isu Lesen FINAS – KKMM Akan Mengkaji Semula Akta-Akta Yang Telah Lapuk
July 23, 2020 Effi Saharudin

Isu terhangat hari ini ialah apabila Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkat kesemua jenis rakaman filem di Malaysia perlu mendapatkan lesen daripada FINAS terlebih dahulu. Takrifan filem dan penayangan di dalam akta yang diwartakan pada tahun 1981 menyebabkan kesemua jenis rakaman orang ramai yang dimuat naik ke media sosial turut ditafsirkan perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu,

Pihak KMMM telahpun mengeluarkan sebuah kenyataan baharu sebentar tadi yang cuba menjelaskan lagi jawapan yang diberikan Datuk Saifuddin. Beliau menjelaskan beliau sekadar menerangkan Akta Perbadanan Perfileman Nasional 1981 dalam jawapan yang diberikan.

Instagram IGTVOleh sebab itu kementerian beliau kini akan mengkaji semula akta-akta lama yang kini dilihat telah ketinggalan zaman. Ketika Akta Perbadanan Perfileman Nasional digubal hampir empat puluh tahu lalu, kemudahan merakam filem dan media sosial masih belum wujud.

Kerajaan PN juga tidak akan menggunakan akta sedia ada untuk menyekat kebebasan individu di media sosial. Pihak KKMM kini terbuka kepada cadangan untuk memperbaiki kesemua akta yang berada di bawah bidang pengawasan mereka.

Komen