Corning Gorilla Glass Victus Tahan Jatuh Dari Ketinggian 2 Meter

Corning Gorilla Glass Victus Tahan Jatuh Dari Ketinggian 2 Meter

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Corning Gorilla Glass mula digunakan pada skrin telefon pintar apabila iPhone dilancarkan lebih sedekad lalu. Ia kini menjadi piawaian ketahanan untuk peranti-peranti pintar di pasaran. Dengan setiap evolusi baharu, kemampuan menahan retakan semakin tinggi. Menerusi Corning Gorilla Glass Victus yang dilancarkan hari ini, Corning mendakwa kaca keluaran mereka boleh menahan hentakan dari ketinggian sehingga 2 meter.

Selain itu Gorilla GLass Victus juga dua kali ganda lebih tahan calar berbanding Gorilla Glass 6 keluaran mereka. Dalam ujian makmal, Gorilla Glass Victus mampu bertahan jatuhan sehingga 20 kali dari ketinggian 1 meter berbanding hanya 15 kali pada Gorilla Glass 6.

Pada waktu sama ini juga bersamaan dengan empat kali ganda lebih tahan calar berbanding kaca keluaran pesaing terdekat mereka. Turut diumumkan ialah Samsung akan menjadi pengeluar pertama menggunakan kaca tahan lasak ini dan kemungkinan besar pada peranti Galaxy Note 20 kelak.



TIPS & ULASAN