Apple Dan Bose Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Fon Kepala Koss

Apple Dan Bose Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Fon Kepala Koss

Diterbitkan pada July 25, 2020 oleh .

Fon kepala dan telinga nirwayar kini sudah menjadi norma baharu selepas peranti tidak lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm. Apple kini memegang pasaran fon telinga nirwayar terbesar menerusi AirPods tetapi mereka kini berhadapan pula dengan sama yang difailkan oleh Koss.

Koss telah memfailkan sama ke atas Apple, Bose dan PEAG LLC (yang menghasilkan peralatan audio untuk Plantronics dan Skullcandy). Menurut Koss pelbagai paten yang dimiliki mereka kini digunakan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk menghasilkan aksesori audio mereka.

Pada tahun 2012, Koss melancarkan Striva yang dipasarkan sebagai fon telinga nirwayar WiFi pertama dunia bagi menyelesaikan masalah bluetooth yang tidak mampu memberikan pengalaman audio yang memuaskan Pelbagai paten telah difailkan ketika membangunkan Striva. Walaupun Striva tidak berjaya, Koss percaya 5 teknologi yang dipatenkanĀ  telah digunakan tanpa kebenaran oleh syarikat-syarikat yang disaman.

Dengan sama telah difailkan, Koss berharap mereka akan mendapat bayaran royalti ke atas kesemua produk yang telah berjaya dijual. Saman difailkan di mahkamah Texas yang kerap kali memihak kepada pemegang paten seperti kes melihatkan saman VirnetX ke atas Apple sebelum ini.



Paling Popular