Oppo A72 5G Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek Dimensity 720

Oppo A72 5G Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek Dimensity 720

Diterbitkan pada July 27, 2020 oleh .

Sebelum ini, Oppo A72 telah diperkenalkan dengan sokongan Snapdragon 665, bateri 5,000mAh dan kamera utama 48-Megapixel sekitar bulan April lalu. Kali ini, Oppo A72 5G pula diperkenalkan dan kalau diperhatikan, spesifikasinya hampir sama dengan versi 4G. Tetapi, terdapat sedikit perbezaan pada pemproses, bateri dan kameranya.

Oppo A72 5G membawakan paparan bersaiz 6.5-inci FHD+ LCD dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Peranti menggunakan pemproses terkini, MediaTek Dimensity 720 dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan 128GB. Peranti ini juga menyokong rangkaian 5G secara terbina.

Melengkapinya, tri-kamera utama dengan lensa 16-Megapixel (utama) + 8-Megapixel ( Ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri yang digunakan adalah 4,040mAh dengan pengecasan 18W melalui port USB-C.

Perisian yang digunakan pula adalah ColorOS 7.2 berasaskan Android 10 terkini. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna, peranti ini ditawarkan pada harga RMB 1899 (~RM 1154)



TIPS & ULASAN