Cari @ Amanz

Januari lalu SKMM berkongsi konsep identiti digital nasional yang akan memudahkan proses pengenalan identiti setiap rakyat atas nasional. Kini SKMM ke fasa seterusnya untuk mengimplementasikan Identiti Digital Nasional (IDN) dengan mengumpul maklum balas dari pengguna.

Menerusi maklum balas ini, pengguna akan mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang boleh dilakukan menggunakan IDN kelak. Mereka juga boleh memberikan idea tentang apakah yang perlu disokong apabila ia mula beroperasi. Antara perkara baharu yang kelak boleh dilakukan tetapi tidak sebelum ini ialah e-Undi. Tiada lagi masalah sekiranya hari mengundi berlaku pada hari kerja atau gagal mendapat tiket untuk pulang mengundi. IDN akan membolehkan undian pantas dan selamat di atas talian.

Proses pengesahan transkrip pengajian juga boleh dilakukan tanpa perlu ke institut pengajian kerana setiap transkrip akan disimpan di locker digital atas talian peribadi yang telah disahkan kesahihannya. Paling menarik menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menjadi lancar kerana pengesahan pendapatan LHDN diakses terus oleh kerajaan sebelum wang dikreditkan terus ke akaun peribadi.

Proses pengumpulan maklum balas rangka kerja Identiti Digital Nasional adalah dari 24 Julai hingga 7 Ogos ini. Jika anda ingin melihat sendiri kesemua perancangan SKMM untuk IDN dan ingin memberikan maklum balas sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd