Carian
Intel Mengemaskini Peranti Storan G-Series Dengan Storan 18TB
July 27, 2020 Nazrin

Sebulan yang lalu, Western Digital telah memperkenalkan cakera keras WD Gold dengan pilihan storan 18TB untuk pengguna umum. Terkini, syarikat tersebut dilihat mengemaskini peranti storan G-Series premium mereka dengan cakera keras yang sama.

Western Digital mengatakan bahawa tiga daripada peranti-peranti G-Series menerima kemaskini ini, termasuklah NAS G-SPEED Shuttle yang mempunyai pilihan empat dan lapan ruang cakera keras yang boleh memuatkan storan setinggi 188TB.

Peranti G-RAID pula mempunyai dua ruang cakera keras dan mempunyai sokongan untuk konfigurasi storan RAID 0 dan RAID 1. Ia juga dipadankan dengan sambungan Thunderbolt 3 untuk memudahkan pengguna mengakses kandungan terus daripada storan luaran ini tanpa perlu memindahkannya ke komputer terlebih dahulu.

Untuk mereka yang inginkan storan banyak yang mudah dibawa kemana-mana, storan G-DRIVE juga dikemaskini dengan storan tersebut, dan ia dipadankan dengna pilihan sambungan USB 3.0, USB Type-C dan Thunderbolt 3 jika diperlukan.

Menurut Western Digital, peranti storan G-Series akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada bulan Ogos kelak.

Komen