Carian
ROG Phone 3 Mempunyai Tetapan Skrin Kadar Segar Semula 160Hz Tersembunyi
July 27, 2020 Fahim Zahar

Asus ROG Phone adalah telefon pintar dari Asus yang memfokuskan permua. ROG Phone 3 juga adalah antara yang terawal yang dilancarkan dengan Snapdragon 865+ dan merupakan peranti ketiga dari mereka. Peranti ini sering dikenali ramai dengan kemampuan grafik yang hebat, bateri yang tahan lama dan mempunyai tiga port USB-C yang mana dua daripadanya khusu untuk penggunaan aksesori khas mereka.

Skrin pada ROG Phone 3 diiklankan dengan kemampuan kadar segar semula setinggi 144Hz, tetapi tahukah anda yang terdapat tetapan tersembunyi 160Hz terbina dalam peranti ini? Ia adalah sama seperti peranti OnePlus 7 Pro sebelum ini yang mempunyai tetapan sentiasa 90Hz dan bukannya boleh suai 60Hz-90Hz. Hanya dengan mengaktifkan mod pembangun dan menggunakan komputer yang sudah ada ADB dipasang – masukkan sahaja

adb shell setprop debug.vendor.asus.fps.eng 1

ke dalam terminal dan reboot peranti. Buka tetapan paparan dan 160Hz akan terus diperlihatkan dan sedia untuk diaktifkan. Menurut laporan dari XDA, wakil mereka telah menggunakan mod ini selama beberapa hari dan tiada isu. Tetapi tidak pasti untuk jangka masa yang panjang adalah selamat atau tidak. Kebiasaannya, pengeluar akan uji kemampuan pada tahap yang lebih tinggi dan tetapkan kepada kadar yang terhad untuk faktor keselamatan. Jika anda berminat, cuba sahaja langkah di atas. Jika ingin kembali ke asal, masukkan

adb shell setprop debug.vendor.asus.fps.eng 0

di dalam terminal ADB tadi dan reboot untuk kembali seperti biasa.

Komen