Garmin Mengesahkan Diserang Perisian Tebusan Tetapi Data Pengguna Selamat

Garmin Mengesahkan Diserang Perisian Tebusan Tetapi Data Pengguna Selamat

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Pada 24 Julai lalu perkhidmatan aplikasi, pelanggan dan operasi pengilangan Garmin mengalami gangguan selepas dipercayai mengalami serangan perisian tebusan. Garmin akhirnya mengesahkan mereka telah menjadi mangsa perisian tebusan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Mereka tidak mengatakan apakah perisian tebusan tersebut tetapi menurut TechCrunch ia adalah WastedLocker yang dibangunkan kumpulan penggodam Evil Corp dari Rusia. Perkhidmatan Garmin mula pulih sejak semalam dan mereka tidak menemui sebarang bukti data pengguna telah dicuri. Bagi pengguna Garmin Pay, mereka tidak perlu risau maklumat perbankan mereka telah tertiris ke arena web.



TIPS & ULASAN