Black Shark 3S Bakal Tampil Dengan Skrin 120Hz

Black Shark 3S Bakal Tampil Dengan Skrin 120Hz

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Peranti untuk permua Black Shark 3S akan dilancarkan pada 31 Julai hadapan. Ia adalah kemas kini kepada Black Shark 3 tetapi dengan pemproses terkini Snapragon 865+. Pihak Black Shark telah berkongsi video acah sebelum pelancaran peranti dan mengesahkan ia akan dilengkapi skrin 6.67″ AMOLED 120Hz.

Ini adalah peningkatan dari skrin 90Hz pada Black Shark 3. Turut didedahkan ialah skrin mengesan sentuhan pada kada 270Hz dan menggunakan cip MEMC 3.0. Dengan ini pengalaman tatalan yang kelihatan lebih lancar dapat dinikmati oleh pengguna. Adalah dipercayai rekaan tubuh peranti kelak adalah sama seperti Black Shark 3 iaitu mempunyai sokongan lampu LED, panel logam pada bahagian belakang dan sistem tri-kamera utama.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi. Menerusi Black Shark 3S, saingan akan dapat diberikan kepada ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Gaming Phone Duet.



Paling Popular