Black Shark 3S Akan Dilancarkan Pada 31 Julai

Black Shark 3S Akan Dilancarkan Pada 31 Julai

Diterbitkan pada July 27, 2020 oleh .

ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel adalah secara rasmi peranti Android yang paling berkuasa di pasaran kerana dilengkapi cip Snapdragon 865+. Ini membuatkan peranti untuk permua lain seperti Black Shark 3 Pro kelihatan “lemah” kerana sekadar dilengkapi Snapdragon 865. Namun begitu bukan lagi misteri Black Shark 3S dengan dibangunkan dengan cip Snapdragon 8765+.

Misteri mengenai tarikh pelancarannya terungkai selepas Black Shark berkongsi imej acah akan melancarkan peranti terkini mereka pada 31 Julai hadapan. Ini pastinya adalah Black Shark 3S yang amatlah dinantikan. Persoalannya ialah adakah penambahbaikan lain akan diberikan.

Sebelum ini Black Shark 3 dan 3 Pro hanya dilengkapi skrin 90Hz sedangkan peranti Lenovo dan ASUS menggunakan skrin 144Hz. Tetapi model 3 Pro pula mempunyai kelebihan butang bahu fizikal pop naik fizikal yang lebih menarik berbanding butang sisi kapasitif pada dua pesaingnya.



TIPS & ULASAN