Cari @ Amanz

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM50 untuk mengalakkan pengguna menggunakan pembayaran secara nirsentuh di kedai-kedai fizikal. Sebelum ini, kita telah melihat penyedia dompet digital Boost berkongsi dimana kita boleh menggunakan kredit berkenaan, dan hari ini peniaga seperti Tealive memberikan petanda akan pelancaran kredit ePenjana pada 31 Julai 2020 ini.

Tealive ePenjana

Melalui perkongsian dan promosi yang dilakukan, Tealive sebagai contoh mengatakan akan menawarkan baucar sebanyak RM3 untuk pembelian menggunakan Touch n Go dan Boost, dan pada masa yang saman mengatakan ePenjana akan dilancarkan pada 31 Julai 2020 ini.

Dompet Digital RM50

Sebelum ini, dalam usaha mengalakkan penggunaan kredit RM50 ini, kerajaan turut mengatakan kredit RM50 berkenaan akan dipadankan dengan baucar dan pulangan tunai bernilai RM50. Mengikut apa yang diketahui, kredit RM50 berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pembelian, kecuali untuk
– pembelian atas-talian atau berasaskan internet
– tol
– pembelian dalam aplikasi (seperti wayang, penerbangan dan sebagainya)
– pembayaran bil dan utiliti
– pembayaran teksi dan seru-pandu
– mana-mana perkhidmatan kerajaan

Buat masa ini, kerajaan masih belum mengumumkan secara rasmi berkenaan penawaran kredit digital ini, dan ini hanyalah perkongsian awal daripada peniaga sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd