Pemilik TikTok, iaitu ByteDance kini mengatakan yang mana Facebook terlibat dalam menjiplak, selain turut terlibat dalam kempen memburuk-burukkan pihak mereka. Walaubagaimanapun, pihak byteDance tidak menerangkan lanjut mengenai tuduhan ini.
ByteDance turut mengatakan yang mana perkara ini turut menyukarkan pihak mereka dalam usaha berkembang menjadi sebuah syarikat global.
Buat masa ini, ByteDance masih tidak mengulas lanjut berkenaan tuduhan terbaru ini.
Untuk Facebook sendiri, kini mereka sedang membangunkan dalam perancangan untuk memperkenalkan pesaing TikTok sendiri melalui Instagram, melalui apa yang dinamakan Reels. Pada masa yang sama, beberapa desas-desus turut hadir mengatakan Instagram telah mula mendekati penerbit kandungan di TikTok untuk beralih ke Instagram.