Carian
Amerika Syarikat Akan Menghalang Lebih Banyak Aplikasi Dari China Kerana Didakwa Mengintip
August 3, 2020 Effi Saharudin

Pada hujung minggu lalu Presiden Trump berkata pentadbiran beliau ingin menghalang TikTok dari beroperasi dalam masa beberapa hari kerana didakwa melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Pagi ini setiausaha negara A.S Mike Pompeo menambah kerajaan Amerika Syarikat  turut akan menghalang lebih banyak perisian dari negara tersebut.

TikTokMenurut beliau tindakan akan diambil dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Alasan yang digunakan ialah aplikasi dan perisian dari China mendatangkan risiko keselamatan negara kerana kesemua syarikat mempunyai hubungan dengan kerajaan China. Tambah beliau lagi antara data yang boleh dikongsi dengan kerajaan China ialah imbasan wajah, alamat, nombor telefon dan kandungan buku alamat.

Selepas berita TikTok akan dihalang di A.S, Microsoft mengesahkan mereka berminat untuk membeli aplikasi ini dari Bytedance. Proses pembelian ini dipercayai akan berlaku sebelum 15 September.

Tindakan pentadbiran Trump ini menerima kritikan hebat kerana tidak menerusi saluran perundangan yang betul. Ia dikhuatiri akan membuka pintu kepada Beijing untuk melakukan perkara yang sama ke atas syarikat dari A.S yang beroperasi di China.

Komen