NVIDIA Sedang Dalam Perbincangan Lanjut Untuk Mengambil-alih ARM Daripada Softbank

NVIDIA Sedang Dalam Perbincangan Lanjut Untuk Mengambil-alih ARM Daripada Softbank

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa NVIDIA, syarikat pembuat cip pemprosesan terkemuka sedang berbincang untuk mengambil-alih ARM daripada syarkat pelaburan Softbank.

Bloomberg baru-baru ini melaporkan bahawa kedua-dua syarikat tersebut kini sedang dalam perbincangan lanjut mengenai penjualan syarikat ARM, dan ia dijangka kedua-dua syarikat ini akan mencapai perjanjian dalam masa beberapa miinggu.

Pengambilalihan ARM oleh NVIDIA daripada Softbank juga kebarangkalian akan diteliti oleh pelbagai pihak badan antimonopoli untuk memastikan NVIDIA tidak memonopoli pengeluaran cip pemprosesan ARM untuk syarikat tersebut sahaja.

Pelanggan-pelanggan ARM seperti AMD, Intel dan Apple juga pastinya akan mempunyai pelbagai soalan mengenai pengambilalihan ini, dan ingin memastikan bahawa mereka masih menerima peruntukan cip pemprosesan yang sama jika penjualan ini dibenarkan.

Menurut sumber Bloomberg lagi, NVIDIA dijangka akan perlu membayar Softbank sebanyak $55 bilion (~RM232.5 bilion) untuk pembelian ARM jika sebuah perjanjian dimeterai dalam masa beberapa minggu lagi.



TIPS & ULASAN