Sistem GPS Beidou-3 Kini Beroperasi Sepenuhnya

Sistem GPS Beidou-3 Kini Beroperasi Sepenuhnya

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Sejak dekad 90an, China mula membangunkan sistem navigasi satelit GPS mereka diri yang diberi nama Beidou. Selepas hampir dua dekad, sistem Beidou generasi ketiga kini beroperasi sepenuhnya di peringkat global. Satelit terakhir dan ke-35 di dalam sistem Beidou generasi ketiga dilancarkan pada penghujung Jun lalu. Ini adalah fasa terakhir untuk memberikan saingan kepada saingan kepada sistem navigasi satelit lain seperti GPS, GLONASS dan Galileo.

Satelit generasi pertama sekadar boleh digunakan oleh pengguna di China sebelum dikembangkan ke rantau Asia Pasifik pada tahun 2012. Dengan kejayaan melancarkan Beidou di peringkat global, China melihat sistem mereka sebagai sistem sandaran sekiranya berlaku gangguan kepada GPS yang telah beroperasi sejak lebih 25 tahun lalu. Langkah seterusnya ialah untuk membolehkan sistem Beidou digunakan di bawah permukaan air, angkasa lepas dan juga di dalam bangunan.

Selepas China, India akan menjadi negara seterusnya memiliki sistem navigasi satelit kendiri mereka iaitu NavIC. Kesemua sistem-sistem ini bukan sekadar dibangunkan untuk kegunaan orang ramai tetapi mempunyai fungsi lebih penting untuk pihak tentera negara tersebut. Akses kepada GPS adalah penting di medan perang dan negara pemilik sistem boleh menghalang akses kepadanya apabila perlu.



Paling Popular