Cari @ Amanz

Sebentar tadi telah kami laporkan yang Google mula menjual peranti kelas pertengahan mereka Pixel 4a. Ia adalah pengganti kepada Pixel 3a yang laris dijual dan menjadi punca utama kenapa Google teruskan strategi pemasaran peranti kelas ini. Tetapi, Pixel 4a ini masih dikatakan tertinggal di belakang dengan cip pemproses Snapdragon 730G dan terhad kepada rangkaian 4G sahaja.

Bersama-sama dengan penjualan Pixel 4a di beberapa negara, Google turut mengacah kehadiran Pixel 4a versi 5G dan juga Pixel 5. Pixel 4a 5G ini dikhabarkan akan dijana Snapdragon 765G. Manakala, Pixel 5 masih tiada informasi yang jelas – kerana ada laporan katakan yang Pixel 5 adalah peranti kelas pertengahan premium 5G. Harga jualan peranti 5G Pixel ini bermula dari $499, yang mana pasti adalah untuk Pixel 4a 5G dan Pixel 5 akan bermula pada harga yang lebih mahal.

Apa-apa pun, ini adalah strategi baik dari Google bagi bersaing dengan OnePlus Nord dan iPhone SE. Mungkin dari prestasi biasa-biasa sahaja, tetapi kamera Pixel – sehingga hari ini ia adalah kamera idaman orang ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd