Siri IQOO 5 Dengan Pengecasan 120W Akan Dilancarkan Pada 17 Ogos

Siri IQOO 5 Dengan Pengecasan 120W Akan Dilancarkan Pada 17 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya persoalan mengenai peranti pertama iQOO yang bakal dibekalkan pengecasan pantas 120W seakan sudah terjawab. Kini, tersebar sebuah poster acah yang memperlihatkan iQOO menjadualkan acara pelancaran untuk produk baru lagi.

Produk yang dimaksudkan adalah iQOO 5 di mana vivo dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model di bawah siri ini – iQOO 5 dan iQOO 5 Pro. Acara pelancaran dijadualkan berlangsung di China pada 17 Ogos ini. Namun apa yang menarik perhatian adalah tulisan “120W” pada poster berkenaan. Ini sekaligus memberi gambaran ia bakal disertakan dengan pengecasan pantas terbaru mereka.

Tiada spesifikasi lain yang dikongsi. Pun begitu, telefon ini dipercayai hadir dengan skrin bersama kadar segar semula tinggi 120Hz, selain turut dijangka menggunakan panel AMOLED. Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu tuan empunya badan diperkenalkan secara rasmi kelak.



TIPS & ULASAN