Samsung Menidakkan Perbincangan Untuk Mendapatkan Pegangan Pada ARM

Samsung Menidakkan Perbincangan Untuk Mendapatkan Pegangan Pada ARM

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Samsung Electronics hari ini menidakkan beberapa laporan yang hadir ke arena internet, mengatakan Samsung berminat untuk mendapatkan sedikit pegangan pada syarikat rekabentuk ARM.


Softbank sebelum ini telah mengambil-alih ARM, dan pada tahun ini, ia diperkatakan Softbank sedang merancang untuk menjual syarikat berkenaan. Antara nama yang telah diperkatakan adalah termasuk NVIDIA yang sedang dalam perbincangan lanjut untuk mengambil-alih ARM.

Selain NVIDIA, baru-baru ini hadir laporan mengatakan Samsung ingin mendapatkan pegangan minoriti pada ARM – sekitar 3-5%, sekaligus mengurangkan bayaran royalti kepada ARM.

Namun, Samsung kini menidakkan laporan berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada terdapat syarikat lain selain NVIDIA yang sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih ARM atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN