Cari @ Amanz

Disney+ Kini Mempunyai 57.5 Juta Pelanggan Berbayar

Link Copied!

Sejak dilancarkan pada November tahun lalu, Disney+ dengan pantas memecah rekod jumlah pelanggan berbayar yang disasarkan oleh mereka sendiri. Kini selepas beroperasi selama tujuh bulan, Disney+ kini mempunyai 57.5 juta pelanggan berbayar.

Angka yang amat tinggi ini dibantu oleh wabak Covid-19 yang membuatkan orang ramai duduk di rumah dan melanggan perkhidmatan penstriman sebagai sumber hiburan. Pada asalnya Disney menyasarkan mempunyai 60-100 juta pelanggan selepas beroperasi selama empat tahun. Selain Covid, angka ini juga termasuk dengan pelanggan Disney+ Hotstar di India.


Komen ()