Disney+ Mula Ditawarkan Di India – Adakah Malaysia Destinasi Seterusnya?
March 12, 2020
Aplikasi
Effi Saharudin
Pengguna di India kini boleh mengakses kandungan Disney+ menerusi aplikasi Hotstar semalam. Secara perlahan-lahan platform kandungan eksklusif Disney ini memasuki pasaran Asia selepas hanya ditawarkan di negara Amerika Syarikat, Belanda, Asutralia, New Zealand dan Puerto Rico.

Pelancarannya di India adalah berita baik bagi pengguna di Malaysia kerana sebelum ini kami melaporkan kandungan Disney+ akan ditawarkan ke pengguna tempatan menerusi aplikasi Hotstar. Sejak dilancarkan penghujung tahun lalu, Disney+ kini mempunyai hampir 30 juta pengguna berbayar. Di India pelanggan Hotstar boleh menikmati kandungan Disney+ menerusi bayaran bulanan Rs 299 (~Rm17) sebulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.