Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman video Disney+ belum lagi berusia setahun jagung tetapi sudat dapat dilihat ia mampu memberikan persaingan kepada Netflix. Menurut laporan kewangan yang telah diterbitkan Disney, Disney+ kini sudahpun mempunyai 28.6 juta pelanggan berbayar

Ini adalah hampir tiga kali ganda jumlah pelanggan berbayar pada hari pertama ia dilancarkan November lalu. Pesaing mereka Netflix kini mempunyai 167 juta pelanggan berbayar manakala YouTube Premium pula mempunyai 20 juta pelanggan berbayar. Hanya Apple masih berahsia mengenai jumlah pelanggan Apple TV+ mereka. Perang penstriman akan menjadi semakin hangat apabila HBO Max milik Warner Media dilancarkan pada Mei hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd