Perkhidmatan Penstriman Video HBO Max Akan Dilancarkan Mei 2020

Perkhidmatan Penstriman Video HBO Max Akan Dilancarkan Mei 2020

Diterbitkan pada Okt 30, 2019 oleh .

Sebuah lagi perkhidmatan penstriman video HBO Max akan dilancarkan pada Mei 2020. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, HBO Max akan menjadi platform penstriman kandungan eksklusif dari WarnerMedia. Kepada pengguna di Amerika Syarikat, HBO Max ditawarkan dengan yuran langganan bulanan $14.99 (~RM62). Sebanyak 10,000 jam kandungan boleh ditonton pada hari pertama pelancaran.

Selain menawarkan kandungan dari HBO seperti Game of Thrones, platform ini juha menjadi platform eksklusif untuk siri seperti Friends, South Park, Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros., The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

HBO Max ialah sebab mengapa siri Friends tidak lagi ditawarkan di Netflix bermula Januari 2020. Ia dilihat sebagai pesaing kepada perkhidmatan Disney+ yang menawarkan kandungan eksklusif Disney dan Fox.

Semakin banyak perkhidmatan penstriman ditawarkan dan ini telahlah mendatangkan kesan negatif di mana jumlah cetak rompak kandungan menggunakan laman torrent yang meningkat semula sejak dua tahun kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN